Blog
Venue Latihan Rasmi SFBC berpindah ke premis baharu di Tasek Gelugor
Pentadbiran Kelab ini mengumumkan bahawa Dewan Temenggung IPD Bertam secara rasminya tidak lagi menjadi venue latihan utama kelab ini berkuatkuasa pada hari ini iaitu pada 14hb April 2025. Kelab ini secara rasminya bertukar pentadbiran rasmi di tempat yang baharu di Tasek Gelugor Pulau Pinang.Lokasi baharu di Dewan Pusat Pengajian Darul Hadis Pulau Pinang beralamat Lot 439 & 440, Mukim 12, Pokok Machang, Tasek Gelugor, Pulau Pinang, Malaysia 13300.
Pengumuman rasmi dibuat oleh kelab ini bagi memaklumkan kepada semua ahli dan penyokong kelab bahawa semua aktiviti dan latihan akan diadakan pada sepanjang tahun ini di Dewan Pusat Pengajian Darul Hadis Pulau Pinang . Untuk maklumat lanjut anda boleh mendapatkan maklumat lanjut di Group SFBC Official atau menghubungi admin di talian 010-8070805.