Kelab ini menghentikan sistem Daily Game Bonus reward yang telah gunakan sejak sistem online SFBC diperkenalkan kepada kelab sejak 2023.Dimana sistem reward ini diberikan kepada ahli dan bukan ahli mengikut tahap keaktifan menjalankan aktiviti mingguan bersama kelab.Setiap aktiviti akan dianugerahkan dalam bentuk points yang dikreditkan kedalam akuan SFBCSPORT.COM masing-masing.Points tersebut boleh digunakan untuk menebus pelbagai kemudahan yang disediakan oleh kelab ini termasuk membuat pembayaran daily game,pembayaran yuran bulanan mahupun menebus pelbagai barangan sukan yang ditawarkan oleh kelab ini.
“1 keping COUPON ON THE SPOT bagi 3 shuttle & maksimum 2 keping COUPON ON THE SPOT bagi 6 shuttle boleh ditebus bagi setiap sesi latihan”
Bermula Jun 2025, kelab ini tidak lagi mengkreditkan point bonus bagi setiap daily game yang dianjurkan oleh kelab ini bagi memastikan reward datang terus kepada ahli tersebut di gelanggang latihan dan ahli terus boleh menebus reward masing-masing secara offline.Sistem kupon sedikit sebanyak mengurangkan beban sistem admin untuk mengkreditkan point kedalam akaun sfbcsport.com,dimana proses manual dan tapisan kedalam sistem online perlu dibuat dari semasa ke semasa dan sistem admin memerlukan masa yang panjang,rumit dan terhad bagi mengemaskini sistem tersebut.
“Setiap COUPON ON THE SPOT sah digunakan dalam masa 3 bulan mengikut promosi semasa dan boleh dipindah milik”
“COUPON ON THE SPOT yang baru diterima tidak boleh digunakan pada hari yang sama dikeluarkan tetapi hanya boleh diguna pakai pada GAME yang seterusnya pada minggu tersebut”
Sistem kupon offline akan diperluaskan kepada semua ahli dan bukan ahli dari masa kesemasa mengikut promosi semasa kelab ini dan pastikan anda mengutip kupon yang ditawarkan dan menggunakan sebelum tamat tarikh promosi.