LTdL 2023: Zawawi buru kejayaan bersama skuad negara

Kurang 48 jam lagi sebelum bermulanya saingan Le Rour de Langkawi (LTdL) 2023, semangat berkobar-kobar ditonjolkan pelumba basikal lebuhraya negara apabila mereka mula berkampung di bumi Terengganu hari ini untuk menyesuaikan diri deng, an cuaca dan jalan menjelang peringkat pertama Sabtu ini.

Bekas pelumba Team Sapura Cycling (TSC), Muhammad Zawawi Azman, yang kali ini menyarung jersi negara bertekad untuk membuat sehabis baik apabila berpeluang beraksi di LTdL kali ini.

“Semua berada di tahap terbaik, kami sudah berada di Terengganu dan sebelum ini telah menjalani pertandingan di sini minggu lalu jadi untuk menyesuaikan diri tidak menjadi satu masalah,” katanya menerusi Nadi Arena.

“Saya tekad untuk cuba menghadirkan kejayaan dalam saingan kali sekaligus meningkatkan lagi semangat bagi melengkapkan saingan.”

Dalam masa sama, rakan sepasukannya, Nur Aiman Rosli yang juga menyertai LTdL buat kali pertama, berhasrat untuk menonjolkan segala apa yang dimiliki demi menolong pasukan negara mara lebih jauh.

“Pasukan Malaysia akan cuba yang terbaik dan saya juga turut meletakkan sasaran peribadi dalam saingan kali ini,” kata Nur Aiman.