KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) – Lapan belas laluan utama sekitar ibu negara bakal ditutup sempena acara berbasikal OCBC Cycle Kuala Lumpur (KL) 2023 pada Ahad ini.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur ACP Sarifudin Mohd Salleh berkata penutupan jalan utama itu akan dilakukan secara berperingkat bermula 6.30 pagi hingga tamat acara kayuhan pada 10 pagi.
Katanya laluan yang terlibat adalah Jalan Raja, Jalan Raja Laut, Jalan Perak, Jalan Dang Wangi, Jalan Sultan Ismail, Jalan Conlay, Jalan Stonor, Jalan Kia Peng, Jalan P. Ramlee, Jalan Ampang, Jalan Putra, Jalan Tun Ismail, Jalan Sultan Salahuddin, Jalan Kuching, Jalan Kinabalu, Jalan Sultan Hishamuddin, Jalan Raja dan berakhir di Dataran Merdeka.
“Kami nasihatkan orang ramai supaya menggunakan pengangkutan awam dan mematuhi arahan serta tanda arah oleh pihak trafik yang bertugas,
“Seramai 144 anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) akan membantu kelancaran dan perjalanan acara kayuhan ini,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan pelan laluan acara itu di sini hari ini.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan OCBC Cycle KL 2023 Datuk Naim Mohamad
Sarifudin berkata orang ramai boleh mendapatkan maklumat penutupan jalan melalui laman Facebook JSPT Kuala Lumpur, Polis Kuala Lumpur dan OCBC Cycle.
Acara kayuhan tersebut bakal disertai lebih 2,500 perserta melibatkan dua kategori iaitu kayuhan sejauh 21 kilometer (km) dan acara dua pusingan sejauh 42km.
Selain itu, kategori baharu koporat turut diperkenalkan iaitu ‘The KL’s Mayor Ride’ sejauh 42km untuk pasukan yang terdiri daripada 10 peserta setiap kumpulan.
Sumber – BERNAMA