KUALA LUMPUR – Pengasas Homebois, Nureddy Nursal (Daddyhood) menegaskan, keputusan pihaknya untuk meletakkan personaliti e-sukan nombor 1 Malaysia dalam barisan pemain MLBB adalah bukan kerana faktor pemasaran semata-mata.
Jelasnya, Soloz masih mempunyai harapan dan impian sebagai pemain kompetitif e-sukan.
“Selesai sahaja Soloz menghadiri satu sesi temu bual EMPETALK, dia berkata kalau boleh dia mahu mengakhiri kerjaya e-sukannya sebagai juara.
“Soloz ada satu urusan yang belum diselesaikan ketika dia berada di AirAsia Saiyan,” kata Daddyhood dalam satu penstriman langsung Instagram peribadi pada semalam.
Tambah Daddyhood, Soloz berhasrat untuk bermain di MSC (Kejohanan Mobile Legends Asia Tenggara) sekali lagi.
Pada 2019, Soloz dan pasukannya AirAsia Saiyan terpaksa menarik diri dari terus bermain MSC berikutan konflik kontrak kejohanan yang disifatkan ‘berat sebelah’ kepada tuan rumah.
Situasi itu turut menarik perhatian Menteri Belia dan Sukan pada ketika itu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Moonton bagaimana pun dalam satu reaksi berkata pihaknya memohon maaf atas situasi yang tidak diingini itu.
Sumber – wtmtoday.my