Terbuka Switzerland: Zii Jia terus cemerlang mara ke suku akhir

KUALA LUMPUR, 23 Mac (Bernama) -Jaguh perseorangan badminton negara, Lee Zii Jia meneruskan rentak cemerlangnya dalam Terbuka Switzerland 2023 apabila mara ke suku akhir dengan menumpaskan pemain Ireland, Nhat Nguyen, hari ini.

Zii Jia, pemain nombor dunia dan pilihan kedua kejohanan  mencatatkan keputusan straight set 21-19, 21-15 pada pertarungan selama 51 minit di pusingan kedua di St Jakobshalle di Basel.

Esok, Zii Jia akan berdepan dengan pemenang perlawanan antara wakil Taiwan, Lee Chia Hao dengan Mithun Manjuath dari India bagi perebutan tiket ke separuh akhir.

Bagaimanapun, nasib berbeza buat beregu utama lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik kerana terpaksa pulang awal apabila ditewaskan gandingan Jepun, Akira Koga-Taichi Saito, 17-21, 21-16, 21-17.

Pasangan Jepun itu bakal bertemu sama ada pasangan Taiwan Lu Ching Yao-Yang Po Han atau gandingan China Ren Xiabg Yu-Tan Qiang di pusingan suku akhir esok. 

Sementara itu, beregu lelaki Ong Yew Sin yang merupakan pilihan ketiga kejohanan dan gandingannya Teo Ee Yi berjaya melepasi pusingan kedua selepas menumbangkan pasangan Jepun-Kenya, Mitsuhashi-Hikori Okamura 15-21,21-13,21-15. 

Yew Sin-Ee Yi dijadual bertemu sama ada pasangan Indonesia, Muhammad Shohibul Fikri- Bagas Maulana ataupun gandingan Taiwan, Lee Jhe-Huei- Yang Po-Hsuan pada suku akhir. 

Dalam pada itu, beregu campuran negara Chen Tan Jie-Toh Ee Wei turut mara ke suku akhir apabila mengalahkan pasangan China, He Ji Ting-Du Yue 11-21, 21-14, 21-14.

Pasangan itu bakal bertemu sama pemain pilihan kelapan kejohanan, Robin Tabeling dan pasangannya Selena Piek dari Belanda atau gandingan Singapura, Hee Yong Kai Terry-Tan Wei Han Jessica esok. 

-BERNAMA