Sukan Asia: Tiada kelibat Zii Jia dalam sesi latihan pertama skuad negara

Hari pertama latihan berpusat di Akademi Badminton Malaysia (ABM) menjelang temasya Sukan Asia menyaksikan kesemua 17 pemain hadir dalam sesi pertama kecuali pemain perseorangan lelaki profesional, Lee Zii Jia.

Menurut ketua jurulatih profesional negara, Rosman Razak, peluang untuk anak buahnya, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi, meraih kilauan pingat terlihat mustahil di temasya kali ini.

“Pasukan ini cukup seimbang, atas kertas kami masih mampu menghadirkan corak permainan yang baik bertemu lawan yang berada di ranking lebih tinggi,” kata Rosman menerusi Nadi Arena.

Tambahnya lagi, walaupun aksi mereka kurang memuaskan dalam beberapa kejohanan terakhir, butang panik masih belum diperlukan.

Rosman menganggap kini saatnya untuk kekal bermotivasi tinggi tanpa tekanan agar pemain dapat memberi fokus dalam kejohanan yang disertai.

“Setiap kejohanan diletakkan sasaran untuk mendapatkan keputusan positif. Saingan beregu lelaki sangat terbuka, kini hanya akan menentukan nasib barisan pemain negara,” katanya lagi.

Dalam perkembangan yang sama, Sukan Asia 2023 bakal menjadi sukan temasya antarabangsa pertama buat pemain beregu campuran nombor satu negara, Toh Ee Wei.

Tidak mahu melepaskan peluang yang terhidang, Ee Wei optimis untuk melakukan yang terbaik selain menyedari dan ingin memperbaiki kesilapan yang dilakukan dalam Terbuka Hong Kong pada 14 September lalu agar tidak diulangi.

“Di Hong Kong kami melakukan kesilapan dan berharap ia tidak akan berulang. Ini merupakan kali pertama beraksi di Sukan Asia dan berharap untuk melakukan yang terbaik,” kata Ee Wei.

Sumber – Stadiumastro