Patatimo Boys akur nafas baru diberi BAM

Gandingan dengan jolokan ‘Patatimo Boys”, Muhammad Haikal Nazri-Wan Muhammad Arif Wan Junaidi, perlu merelakan percaturan baru Persatuan Badminton Malaysia (BAM) membabitkan bahagian beregu.

Pengarah Kejurulatihan Beregu BAM, Rexy Mainaky, hari ini mengumumkan tiga beregu baru yang membabitkan langkah drastik memisahkan pasangan di ranking ke-12, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei.

Haikal bakal bersama Nur Izzuddin sementara Sze Fei perlu membentuk keserasian dengan Choong Hon Jian.

“Keputusan yang ditetapkan jurulatih ini mungkin yang terbaik.

“Sesiapa pun gandingan saya, ia bergantung kepada diri sendiri,” kata Haikal yang menduduki ke-47 dunia di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara, hari ini.

Wan Muhammad Arif pula di sebalik keberatan, dia sedia membentuk gandingan di samping Yap Roy King.

“Saya berasa sedih dan kecewa ketika pengumuman tentang memisahkan beregu dibuat Jumaat lalu.