Sukan SEA kekal jadi medan pendedahan skuad badminton negara

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) meneruskan tradisi memberi pendedahan untuk pemain muda ke temasya Sukan SEA sambil menegaskan akan menghantar kelompok lapisan kedua terbaik ke Kemboja.

Percaturan itu bagi memberi laluan untuk pemain utama memperkuatkan skuad negara di Piala Sudirman kerana kedua-dua kejohanan itu bertembung — namun barisan 20 pemain yang dipilih dalam kategori A itu dijamin boleh menghadirkan tentangan tersendiri.

Antara pemain yang dicanang untuk menjadi taruhan utama dalam acara perseorangan, Justin Joh.

“Kepada pemain yang tidak beraksi di Piala Sudirman, akan beraksi dalam Sukan SEA. Piala Sudirman akan menjadi kayu pengukur perkembangan kemampuan pemain negara,” kata Ketua Pengarah Eksekutif Akademi Badminton Malaysia (ABM), Michelle Chai.

“Apabila terdapat dua pertandingan yang bakal bertindih, jadi kami perlu membuat dua pasukan berbeza bagi menghadapi dua kejohanan tersebut.”