BAMTC: Kian Meng mahu cari semula sentuhan terbaik di Dubai

‘Cari keyakinan’, itu misi pemain beregu campuran negara, Tan Kian Meng, dalam Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia (BAMTC) yang bakal berlangsung 14 hingga 19 Februari ini di Dubai.

Kian Meng menyifatkan BAMTC sebagai platform terbaik untuk mereka mengembalikan keyakinan mereka selepas permulaan musim 2023 yang kurang baik.

“Walaupun telah mengharungi permulaan yang kurang baik, saya percaya akan bangkit dalam kejohanan akan datang,” kata Kian Meng.

“Sebagai pemain berpengalaman, saya yakin mampu kembali ke tahap terbaik dalam kejohanan yang bakal disertai.”

Sebelum ini,pada awal 2023 gandingan Kian Meng dan Lai Pei Jing tewas di pusingan pertama dan kedua dalam tiga kejohanan berturut-turut pada bulan Januari.

Kekalahan tersebut jelas menjatuhkan keyakinan mereka namun Kian Meng kini lebih sedia untuk kembali bangkit bagi musim 2023.

BAMTC menyaksikan Malaysia bakal membuka tirai perlawanan menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE).

sumber : stadiumastro.com