Haikal-Nur Izzudin pasang hajat tinggi hadapi tiga cabaran awal

Gandingan beregu baru lelaki negara, Haikal Nazri dan Nur Izzudin Rumsani, bakal mengharungi ujian pertama dalam Kejohanan Masters China yang bakal membuka tirai pada 14 hingga 19 Mac ini.

Haikal turut berkongsi bahawa beregu di ranking ke-216 dapat menyertai dua lagi kejohanan di Vietnam dan Jepun dengan sasaran mencerahkan peluang ke Sukan Olimpik Paris tahun depan.

“Saya memasuki minggu keempat pemulihan daripada kecederaan pinggul dan keadaan saya makin selesa.

“Kami berlatih meningkatkan aspek bertahan dan komunikasi di antara kami.

“Kami akan berhempas-pulas bermula kejohanan pertama lagi dan kalau boleh ketiga-tiga kejohanan ini berakhir dengan gelaran, katanya di Akademi Badminton Negara (ABM), Bukit Kiara, hari ini.

Sumber : Stadiumastro