Terbuka Jerman: Aaron-Wooi Yik terkeluar, Pearly-Thinaah maju ke pusingan seterusnya

Penyandang juara dunia beregu lelaki Aaron Chia-Soh Wooi Yik berdepan satu lagi kegagalan selepas gagal mara ke suku akhir Terbuka Jerman di Mulheim.

Pasangan nombor dua dunia itu secara mengejut tumbang 13-21, 18-21 kepada pemain nombor 25 dunia Akira Koga-Taichi Sato dari Jepun pada pusingan kedua kejohanan Super 300 awal hari ini.

Pasangan Jepun itu akan menentang Jeppe Bay-Lasse Molhede dari Denmark pada peringkat lapan terakhir, lewat hari ini.

Sementara itu, pasangan beregu wanita Pearly Tan-M. Thinaah menyingkirkan pemain Scotland, Julie Macpherson-Ciara Torrance 21-18, 21-15 selepas 39 minit bertarung untuk memastikan tempat ke suku akhir.

Duo nombor enam dunia akan dicabar oleh pasangan Jepun, Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara.

Seorang lagi wakil Malaysia di suku akhir ialah pasangan beregu campuran Chen Tang Jie-Teoh Ee Wei, yang menewaskan pemain Korea Selatan Seo Seung Jae-Chae Yu Jung 21-11, 24-22 untuk mengadakan pertembungan dengan rakan senegara Kim Won Ho. -Jeong Na Eun.

Sumber -Bernama